Close

Tesla Model 3 (facelift) akan hadir dengan rekaan baru? – Gambar tertiris di Reddit

Pada tahun 2022, ada laporan bahawa Tesla merancang untuk mengeluarkan rekaan baharu (facelift) untuk model sedan popular mereka iaitu Model 3 dan dijangka akan dilancarkan pada suku ke-2 tahun 2023.

Terbaru, gambar yang didakwa sebagai Tesla Model 3 (facelit) telah tertiris di Reddit. Berdasarkan dari gambar yang dikongsi memperlihatkan bahagian hadapan kereta tersebut dalam warna hitam tanpa sebarang logo.

Mengikut kepada rekaan badan, bonet dan juga tayar ia mirip seperti Model 3. Namun, tampil dengan rekaan yang berbeza pada bahagian bumper hadapan. lampu depan dan kelihatan lebih minimalis.

Rekaan lampu hadapan Model 3 (facelit) ini juga dilihat seperti lampu hadapan yang digunakan pada Tesla Roadster. Ia sekaligus memberikan gambaran yang lebih jelas yang itu adalah kereta dari Tesla.

Walaubagaimanapun, buat masa ini tidak dapat disahkan secara 100% yang kenderaan tersebut adalah Tesla Model 3 (facelift). Sekiranya laporan ini tepat, kita mungkin akan melihat kenderaan ini dilancarkan lebih awal dari jangkaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN