Close

TNB Electron tawar pengecasan percuma untuk kenderaan elektrik sempena Aidilfitri 2023

Seiring dengan pengumuman kerajaan yang memberikan tol percuma sempena Aidifitri 2023. Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui TNB Electron tidak ketinggalan untuk turut menawarkan pengecasan secara percuma selama 4 hari untuk kenderaan elektrik sempena Aidifitri 2023.

Pengecasan percuma melalui TNB Electron ini melibatkan tiga R&R di lebuhraya iaitu di Ayer Keroh (Arah Utara), Tapah (Arah Utara) dan juga Paka (Arah Utara). Penawaran ini bermula dari hari ini iaitu 19 sehingga 21 April 2023. Selain itu, pengecasan percuma ini turut akan ditawarkan pada 24 April 2023.

Untuk mengakses pengecasan percuma ini, pengguna perlu menggunakan aplikasi Go To-U, tiada sebarang caj akan dikenakan sepanjang tempoh percuma.

ARTIKEL BERKAITAN