Close

Ulasan Samsung Galaxy A34 5G – Peranti yang lengkap dengan spesifikasi memikat


Siri Samsung Galaxy A adalah peranti kelas pertengahan premium. Menawarkan prestasi dan keupayaan seakan siri Samsung Galaxy S namun, ditawarkan dengan harga lebih mampu milik. Tidak seperti model sebelumnya, Samsung Galaxy A 34 5G pada kali hadir dengan spesifikasi, reka bentuk, kamera dan ketahanan bateri yang lebih baik.


Samsung Galaxy A34 5G adalah generasi ke-4 dalam barisan siri Galaxy A dan telah diberikan nafas baru dengan pelbagai kemas kini yang lebih baik seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. 


Rekaan dan binaan


Secara keseluruhan, reka bentuk pada Samsung Galaxy A34 5G boleh dikatakan agak baik. Apa yang paling kami suka mengenai reka bentuk pada peranti tersebut adalah pada bahagian panel belakang. Yang mana, ia menggunakan rekaan kamera yang sama seperti pada siri Samsung Galaxy S23. Menjadikan peranti ini mempunyai elemen premium dan juga minimalis.

Biarpun, bingkai yang digunakan pada Samsung Galaxy A34 5G adalah plastik. Namun, dengan adunan warna, rekaan dan juga kemasan Samsung berjaya menjadikan peranti ini kelihatan premium. Rekaan sisi yang sedikit bulat memberikan keselesaan dan juga memberikan lebih cengkaman ketika peranti ini dipegang.

Dari segi ketahanan, Samsung telah menaik taraf peranti dengan menyertakan penarafan IP67 pada Samsung Galaxy A34 5G. Yang mana, buat masa ini tidak banyak pengeluar yang menawarkan penarafan IP67 pada peranti kelas pertengahan.Ia sekaligus menjadi ciri ini sebagai nilai tambah pada peranti ini. 

Paparan


Untuk bahagian paparan, Samsung menawarkan sejumlah peningkatan yang ketara dari model sebelumnya. Tampil dengan resolusi yang lebih baik iaitu 2400 x 1080p bersama paparan yang lebih tinggi iaitu 120Hz. 

Selain itu, ia juga kini hadir dengan kecerahan puncak sehingga 1000 nits untuk pengguna luar yang lebih baik. Tidak ketinggalan, teknologi Vision Booster kini turut dimuatkan pada peranti ini yang meningkat penglihatan dan juga penghasilan warna yang lebih baik apabila terdedah kepada cahaya yang tinggi . Seterusnya, paparan peranti ini dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5 yang lebih lasak dan lebih tahan.

Secara keseluruhan, paparan yang ditawarkan pada Samsung Galaxy A54 5G adalah sangat baik. Warna dan perincian yang dihasilkan adalah baik. Keupayaan paparan pada peranti ini sememangnya mengujakan.


Prestasi


Samsung Galaxy A34 5G dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1080 yang dibina dengan teknologi 6nm. Menggunakan konfigurasi lapan teras dengan 2x Cortex-A78 2.6Ghz dan 6x Cortex-A55 2.0Ghz. Dari segi prestasi, tiada sebarang masalah yang dihadapi untuk penggunaan biasa. Semua aplikasi dapat dijalankan dengan lancar. Untuk permainan yang ringan, ia boleh dimainkan dengan sangat baik.

Namun, untuk permainan yang memerlukan grafik dan intensif  yang tinggi peranti ini kelihatan sedikit sturggle, dengan frame drops yang agak ketara dan sering berada pada refresh rate yang rendah. Walaubagaimanapun, kebanyakan permainan masih dapat dimainkan dengan lancar, untuk pengalaman yang lebih baik anda perlu menukar tetapan garfik kepada yang lebih sesuai.

Kamera


Tidak seperti model sebelumnya yang hadir dengan kuad-kamera belakang. Pada kali ini, Samsung Galaxy A34 5G hadir dengan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP ultralebar + 5MP makro. Secara asasnya, kekurangan satu kamera tidak memberikan kesan pada imej yang dihasilkan.

Kemampuan kamera pada peranti ini boleh dikatakan sangat baik. Imej yang dihasilkan adalah cukup tajam dan terpeinci. Julat dinamik dan exposure yang dihasilkan juga kelihatan baik pada setiap imej. Keupayaan autofokus untuk imej dan video pada kamera Samsung Galaxy A34 5G ini wajar dipuji kerana ia berjaya menjalankan tugasnya dengan pantas dan cepat. 

Untuk mendapatkan gambar malam atau pada keadaaan kurang cahaya, adan digalakan untuk menggunakan mod Nightography untuk hasil yang lebih baik. Rakaman video pada peranti ini boleh dikatakan agak baik dengan kualiti terbaik untuk merakam adalah pada resolusi 1080p 30fps.

Kesimpulan

Apa yang boleh disimpulkan mengenai Samsung Galaxy A34 5G adalah ia merupakan peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Penawaran yang dibawakan oleh Samsung pada peranti ini adalah cukup menarik, merangkumi pelbagai aspek seperti dari rekaan, binaan, prestasi, bateri dan juga kemampuan kamera. Sekiranya anda mencari sebuah peranti yang lengkap, Samsung Galaxy A34 5G adalah jawapannya.

ARTIKEL BERKAITAN