Close

Vivo menjadualkan acara pelancaran Vivo X Fold2 dan X Flip pada 20 April ini

Vivo secara rasmi mengesahkan tarikh pelancaran dua peranti boleh lipat baharu mereka pada 20 April ini. Selain akan melancarkan Vivo X Fold2 dan Vivo X Flip, Vivo dijangka akan turut melancarkan tablet baharu melalui model Vivo Pad 2.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang dikongsi mengenai dua peranti boleh lipat baharu dari Vivo. Namun, terdapat laporan menjangkakan yang Vivo X Fold2 akan hadir dengan skrin utama E6 AMOLED bersaiz 8.03-inci dan skrin luaran bersaiz 6.53-inci E6 AMOLED.  Peranti ini akan menjadi peranti boleh lipat pertama yang akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.


Manakala untuk Vivo X Flip, ia merupakan telefon pintar boleh lipat terawal jenis clampshell yang dihasilkan oleh Vivo. Peranti ini dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan kamera utama 50MP yang dijana oleh Zeiss.


Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN