Close

WhatsApp bakal hadir dengan fungsi Chat lock – Perbualan boleh dikunci dan disembunyikan

WhatsApp dilaporkan bakal hadir dengan fungsi baharu yang dipanggil sebagai Chat lock, yang mana fungsi baharu ini membolehkan pengguna untuk mengunci dan menyembunyikan perbualan tertentu.

Fungsi ini memerlukan pengesahan melalui imbasan cap jari atau kata laluan sebelum perbualan yang dikunci dapat diakses, Sekiranya pengesahan gagal dilakukan, pengguna diminta untuk mengosongkan ruang perbualan sebelum mengaksesnya. 

Selain itu, fungsi Chat lock ini turut memastikan kandungan media seperti video dan imej yang diterima tidak disimpan secara automatik di dalam galeri peranti. Fungs ini menawarkan privasi tambahan untuk perbualan atau kandungan yang sensitif, sekali gus dapat menghalang orang lain membaca mesej tersebut. Fungsi ini dilihat menawarkan keselamatan tambahan untuk perbualan atau kandungan yang sensitif.

Fungsi ini telahpun dikesan pada WhatsApp beta versi 2.23.8.2 dan dilaporkan masih lagi dalam fasa ujian. Tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN