Melalui fungsi ini, pengguna boleh berkongsi status WhatsApp secara terus ke Facebook secara automatik tanpa perlu keluar dari aplikasi WhatsApp. Fungsi ini adalah sama seperti mana yang ditawarkan oleh Instagram yang membolehkan Instagram Story terus dikongsi pada Facebook Story.
Berdasarkan perkongsian dari WaBetaInfo, memperlihatkan fungsi ini perlu diaktifkan pada bahagian tetapan sebelum ia boleh digunakan.
Buat masa ini, fungsi ini masih lagi dalam fasa percubaan dan tidak dapat dipastikan bila ia akan tersedia untuk pengguna global.