Close

WhatsApp kini boleh disambungkan pada 5 peranti pada akaun sama secara serentak

Fungsi yang paling ditunggu-tunggu oleh pengguna WhatsApp kini telahpun tiba. Fungsi yang membolehkan akaun WhatsApp yang sama disambungkan kepada lebih dari satu peranti secara serentak.

Fungsi ini secara asasnya membolehkan pengguna yang mempunyai lebih dari satu peranti menggunakan akaun WhatsApp yang sama secara serentak tanpa perlu bertukar telefon dan mendaftar keluar. Untuk mula menyambung kepada peranti lain, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR pada peranti utama. Buat masa ini, fungsi ini menyokong sehingga lima peranti secara serentak.

Dari segi keselamatan, fungsi ini akan mendaftar keluar secara automatik apabila peranti utama tidak aktif dalam tempoh masa yang lama. Selain itu, fungsi ini turut menyokong penyulitan hujung ke hujung pada setiap peranti yang disambungkan.

Fungsi ini telahpun dilepaskan secara global dan akan diterima secara berperingkat kepada pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN