Close

Xiaomi 13 Ultra akan dilengkapi dengan sensor 1″ yang boleh diubah

Menjelang hari pelancaran Xiaomi 13 Ultra yang akan berlangsung pada 18 April ini, pihak Xiaomi telah memberikan gambaran awal mengenai spesifikasi kamera yang akan digunakan pada peranti tersebut.


Bermula dengan perkongsian mengenai sensor utama yang akan digunakan pada Xiaomi 13 Ultra iaitu sensor 50MP 1″ Sony IM989. Sensor ini mempunyai keupayaan boleh-ubah dengan sokongan bukaan lensa f/1.4 ke f/1.9. Ia juga merupakan sensor yang sama digunakan pada Xiaomi 13 Pro.

Xiaomi 13 Ultra akan dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1″ IMX989 yang dipadankan dengan 3x 50MP IMX858. Ciri baharu yang dipanggil sebagai HyperFocus turut akan diperkenalkan dengan kemampuan mengambil gambar dalam 0.8 saat sahaja. Selain ciri baharu, Xiaomi dilaporkan akan hadir dengan aksesori tambahan iaitu “67 mm filter adapter”.

Xiaomi mendakwa yang kombinasi kamera ini dijangka akan menjadi pilihan penggemar fotografi jalanan berikutan keupayaan kamera ini yang versatil dan mempunyai pelbagai mod Leica yang berbeza-beza.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN