Close

Xiaomi 13 Ultra dilancarkan dengan harga mencecah sekitar RM4707

Peranti yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat Xiaomi iaitu Xiaomi 13 Ultra akhirnya dilancarkan secara rasmi. Seperti namanya, peranti ini dimuatkan dengan teknologi, spesifikasi dan reka bentuk paling terkini yang ada di pasaran.

Xiaomi 13 Ultra ini dilengkapi dengan skrin AMOLED LTPO yang bersaiz 6.73-inci dengan paparan 120Hz dan 240Hz touch sampling rate. Merupakan peranti pertama di dunia dengan kecerahan puncak paling tinggi iaitu 2600 nits. Peranti ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus.

Peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan berwayar 90W, tanpa wayar 50W dan reverse wireless 10W. Ciri baharu iaitu mod hibernasi turut diletakkan yang membolehkan peranti bertahan sehingga 1 jam dengan bateri 1%. Dari segi keselamatan pengecasan, peranti ini dikawal oleh cip tersuai Surge P2 dan Surge G1 Xiaomi.

Dari segi rekaan, peranti ini tampil dengan rekaan yang minimal dan masih membawakan rekaan seperti Xiaomi 12S Ultra. Menggunakan bingkai dari Unibody Metal yang dipadankan dengan panel belakang dari kemasan kulit Vegan anti-bakteria generasi kedua.

Keupayaan fotografi peranti ini sememangnya perkara yang di nanti, hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci dengan zum digital 120X OIS IMX 989 + 50MP ultra lebar IMX 858 + 50MP telefoto dengan zum optikal 3.2X OIS IMX 858 + 50MP telefoto dengan zum digital 5X OIS IMX 858. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP.

Sensor utama peranti ini mempunyai keupayaan boleh-ubah dengan sokongan bukaan lensa f/1.4 ke f/1.9. Ia juga menggunakan Lensa Vario-Summicron yang mempunyai lapisan tambahan untuk mengatasi masalah mudah calar.


Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari bawah skrin, sistem penyejukkan Loo LiquidCool Tech, pembesar suara jenis stereo, Infrared, NFC, Bluetooh 5.3, dan menjalan MIUI 14 berasaskan Android 13.

Di China, Xiaomi 13 Ultra dijual pada harga CNY5,999 (RM3865) 12GB + 256 GB, CNY6499 (RM4191) 16GB + 512GB dan CNY7299 (RM4707) 16GB + 1TB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Olive Green, Professional Black dan White. Buat masa ini, tiada sebarang makluma mengenai penawarannya di Malaysia. Namun, peranti telahpun disahkan akan ditawarkan secara global.

ARTIKEL BERKAITAN