Xiaomi 13 Ultra disahkan memasuki pasaran global – Dijangka tiba pada bulan ini - FUZZ.MY

Friday, April 7, 2023

Xiaomi 13 Ultra disahkan memasuki pasaran global – Dijangka tiba pada bulan ini


Sebelum ini, versi paling berkuasa dalam siri Xiaomi 12 iaitu Xiaomi 12s Ultra hanya ditawarkan secara eklusif untuk pasaran China sahaja. Namun, untuk siri Xiaomi 13 yang paling berkuasa iaitu Xiaomi 13 Ultra ia akan ditawarkan untuk pasaran global.


 

Perkara tersebut disahkan dan dikongsi oleh Xiaomi melalui Twitter rasmi mereka. Menariknya lagi, Xiaomi turut menyatakan yang Xiaomi 13 Ultra akan tiba ke pasaran global pada bulan ini. Tetapi, tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya.


Xiaomi 13 Ultra dijangka akan membawa keupayaan kamera yang lebih baik dari model sebelumnya, gabungan sensor kamera sebesar 1-inci dengan penjenamaan Leica semestinya akan memberikan hasil imej yang luar biasa.


Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan oleh Xiaomi 13 Ultra. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.