Close

Xiaomi 13 Ultra mungkin dijual pada harga bermula sekitar RM4029

Xiaomi 13 Ultra telahpun disahkan memasuki pasaran global. Namun, timbul persoalan lain iaitu mengenai harga jualan untuk Xiaomi 13 Ultra.

Terbaru, Technology Surveyor melalui Weibo telah mendedahkan harga jualan Xiaomi 13 Ultra untuk pasaran China. Perkongsian tersebut turut mendedahkan yang peranti tersebut akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian.

Model asas untuk Xiaomi 13 Ultra adalah bermula dari 8GB + 256GB yang dijual pada harga CNY6299 (RM4029), meningkat kepada CNY6799 (RM4361) untuk 12GB + 256GB dan varian paling tinggi iaitu 16GB + 512GB dijual pada harga CNY7499 (RM4810).

Walaubagaimanapun, laporan mengenai harga jualan Xiaomi 13 Ultra untuk pasaran China ini bukanlah harga jualan rasmi. Sebaliknya, adalah harga anggaran. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada 18 April ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN