Close

Xiaomi 13T Pro dilaporkan akan hadir dengan cip Dimensity 9200

Barisan baharu Xiaomi siri T dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Seperti kebiasaan, siri ini akan menawarkan spesifikasi mewah dengan harga jualan yang lebih mampu berbanding peranti premium Xiaomi yang lain.

Terbaru, nombor model yang didakwa sebagai Xiaomi 13T Pro telah dikesan pada pangkalan data. Nombor model tersebut adalah “23078PND5G” dan dilihat sama seperti nombor model Redmi K60 Ultra iaitu “23078RKD5C”.
Menariknya, empat angka terawal pada nombor model tersebut dikatakan sebagai tarikh pelancaran peranti tersebut. Bermakna, Xiaomi 13T Pro dijangka akan dilancaran pada “2307” iaitu pada Julai 2023. Xiaomi 13T Pro dan Redmi K60 Ultra dilaporkan akan menggunakan kod nama “corot”.
Selain itu, Xiaomi 13T Pro dilaporkan akan hadir dengan cip premium dari MediaTek iaitu Dimensity 9200. Yang mana, pada ketika ini cip tersebut belum lagi digunakan pada mana-mana model siri Xiaomi. Sebelum ini, siri Xiaomi 12T ditawarkan dalam dua pilihan cip iaitu MediaTek 8100 Ultra pada model standard dan Snapdragon 8+ Gen 1 pada model Pro.
Dan untuk siri Xiaomi 13T, ia dijangka akan ditawarkan dengan satu pilihan cip sahaja iaitu Dimensity 9200. Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu untuk diperkatakan. Akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN