Xiaomi menjadualkan acara pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April ini - FUZZ.MY

Wednesday, April 12, 2023

Xiaomi menjadualkan acara pelancaran Xiaomi 13 Ultra pada 18 April ini



Selepas mengumumkan yang Xiaomi 13 Ultra akan memasuki pasaran global. Terbaru Xiaomi turut berkongsi tarikh pelancaran untuk Xiaomi 13 Ultra yang akan berlangsung pada 18 April ini. Acara tersebut akan berjalan secara serentak dengan pelancaran di China.


 

Namun begitu, tiada seberang maklumat yang dikongsi oleh Xiaomi mengenai Xiaom 13 Ultra. Tetapi, berdasarkan dari poster pelancaran yang dikongsi memperlihatkan ia hadir dengan rekaan modul kamera jenis bulat bersama tetapan empat kamera belakang. Selain itu, terdapat juga penjenamaan Leica yang diletakkan di tengah modul kamera.


Dari segi spesifikasi, Xiaomi 13 Ultra dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang akan dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.


Xiaomi 13 Ultra dijangka akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian dengan model asas bermula dari 8GB + 256GB yang dijual pada harga CNY6299 (RM4029), meningkat kepada CNY6799 (RM4361) untuk 12GB + 256GB dan varian paling tinggi iaitu 16GB + 512GB dijual pada harga CNY7499 (RM4810).


Dengan hari pelancarannya yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.