Close

Xiaomi Pad 6 Pro disahkan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1

Xiaomi telahpun menjadualkan acara pelancaran Xiaomi 13 Ultra yang akan berlangsung pada 18 April ini. Pada acara tersebut, Xiaomi dijangka akan turut mengumumkan beberapa peranti baharu antaranya adalah siri Xiaomi Pad 6.

Seperti sebelum ini, Xiaomi masih menawarkan dua pilihan varian iaitu Xiaomi Pad 6 dan Xiaomi Pad 6 Pro. Yang mana, untuk Xiaomi Pad 6 ia akan dijanakan dengan cip Snapdragon 870, sama seperti siri Xiaomi Pad 5. Manakala untuk Xiaomi Pad 6 Pro ia akan dijanakan dengan cip yang lebih baharu iaitu Snapdragon 8+ Gen 1.

Selain itu, siri Xiaomi Pad 6 akan turut membawakan skrin yang lebih baik dengan resolusi mencapai 2.8K bersama paparan 144Hz. Dari segi konfigurasi, ia dijangka hadir dengan RAM sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 512GB dan akan menyokong pengecasan pantas 67W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN