Close

YouTube hadir dengan 5 ciri baharu untuk pengguna berbayar

YouTube kini sedia untuk menawarkan 5 ciri baharu untuk pengguna berbayar mereka (YouTube Premium). 5 ciri baharu ini disertakan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dari sebelumnya.

5 ciri baharu yang dibawakan adalah Queue, Live Sharing, Smart Downloads, penstriman video 1080P dan sambungan tontonan melalui multi peranti. Untuk ciri Queue, pengguna boleh menyusun video yang ingin ditonton secara berturutan, ciri ini boleh digunakan pada telefon dan tablet. Manakala untuk ciri Live Sharing, ia membolehkan pengguna menonton  YouTube secara berkumpulan melalui sesi Google Meet. Ciri ini akan turut ditawarkan kepada pengguna iOS melalui FaceTime menerusi Apple SharePlay.

Ciri seterusnya adalah Smart Downloads, yang mana ciri ini secara automatik akan memuat turut kandungan yang disyorkan dan menambah kedalam library apabila peranti disambungkan dengan Wi-Fi. 

Manakala untuk ciri penstriman video 1080p Premium, ia membolehkan pengguna menonton strim dengan kadar bit yang tinggi sekaligus menjadikan video lebih jelas dan tajam. Buat masa ini, ciri hanya tersedia untuk pengguna iOS dan bakal ditawarkan untuk pengguna web tidak lama lagi.

Dan ciri terakhir adalah sambungan tontonan melalui multi peranti, yang mana ciri ini membolehkan pengguna untuk menyambung tontonan yang dimulakan pada peranti lain kepada seperti tablet, tv dan web.

ARTIKEL BERKAITAN