Close

5 fon terbaik bawah RM1300 yang boleh dibeli di Malaysia

Di pasaran ketika ini, terdapat banyak pengeluar yang menawarkan telefon dengan spesifikasi yang padu dan juga fungsi yang menarik. Jadi, tidak hairanlah sekiranya pengguna sukar untuk membuat keputusan dalam pembelian telefon baharu. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 5 fon terbaik bawah RM1300 yang boleh dibeli di Malaysia.

Redmi Note 12 Pro 5G


Redmi Note 12 Pro 5G hadir dengan skrin Flow AMOLED FHD+ bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong 100% warga gamut DCI-P3, Dolby Vision dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5.


Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1080 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS2.2. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 67W. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP IMX766 OIS + 8MP ultra lebar + 2MP makro dan kamera swafoto 16MP. 

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Polar White dan Sky Blue. Dijual pada harga RM1299 untuk 8GB + 256GB. Boleh beli Redmi Note 12 Pro 5G di sini.

Vivo V27e


Setersunya adalah Vivo V27e, hadir dengan skrin bersaiz 6.62-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek G99 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri sebesar 4,600mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W

Dari segi fotografi, Vivo V27e dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Ultra-Sensing 64MP OIS + 2MP makro + 2MP kedalaman. Dengan tema “Aura Portrait, For Picture Perfect Night“, ia hadir dengan ciri Aura Light yang membantu untuk keadaan kurang cahaya. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP. 


Di Malaysia, harga jualan bagi Vivo V27e adalah RM1299 untuk 8GB+256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu  Lavender Purple dan Glory Black. Boleh beli Vivo V27e di sini.

iQOO Z7 5G


iQOO Z7 5G hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.64-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 782G yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehigga 256GB.


Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengna sensor utama 64MP OIS + 2MP bokeh dan kamera swafoto 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 120W.


Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, infrared, pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooh 5.2, One-Tap flash connection dan lain-lain. Peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Matrix Blue dan Metalic Grey. Untuk harga jualan, iQOO Z7 dijual pada harga RM1299 untuk 8GB + 128GB dan RM1499 untuk 12GB + 256GB. Boleh beli iQOO 7z di sini.

realme 10 Pro 5G




realme 10 Pro 5G, ia hadir dengan skrin rata bersaiz 6.72-inci IPS LCD FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 33W.


Dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108 MP + 2 MP depth. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16 MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari dibawah skrin, pembesar suara jenis stereo, Bluetooh 5.2, NFC, bicu audio 3.5mm, menjalankan realme ui 4.0 berasaskan Android 13.


Untuk harga jualan, realme 10 Pro 5G dijual pada tanda harga RM1299 untuk 8GB+256GB, ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Nebula Blue dan Hypespace Gold. Boleh beli realme 10 Pro 5G di sini.

POCO X5 Pro 5G


Merupakan model paling premium untuk siri POCO X5, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz, warna 10 bit, DCI-P3, 1920Hz PWM Dimming dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5.


Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDRR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2. Bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 67W yang tersedia di dalam kotak.

Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108 MP + 8MP ultra lebar + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16 MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah pembesar suara jenis stereo, NFC, IR Blaster, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari dan menjalankan MIUI 14 untuk POCO.


Di Malaysia, POCO X5 Pro 5G dijual pada harga RM1299 untuk 6GB + 128GB dan RM1499 untuk 8GB + 256GB. Boleh beli POCO X5 Pro 5G di sini.

ARTIKEL BERKAITAN