Close

6 kereta elektrik (EV) bawah RM200K di Malaysia

Gelombang kenderaan elektrik di Malaysia pada ketika ini berada ditahap yang memberangsangkan. Pelbagai infrastruktur untuk kenderaan elektrik telah mula dibangunkan dan kebanyakan pengeluar ketika ini telah mula menawarkan kenderaan elektrik untuk pasaran tempatan.


Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 6 kereta elektrik (EV) yang dijual secara rasmi di Malaysia dengan harga di bawah RM200K.


BYD Atto 3


BYD Atto 3 boleh dikatakan sebagai kereta elektrik paling laris di Malaysia pada ketika ini. Telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Disember tahun lalu. Hadir dalam dua pilihan varian iaitu Standard Range dengan bateri 49.92 kWj dan Extended Range dengan bateri 60.48 kWj. 



Kedua-dua model menggunakan bateri Blade EV dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan 204 PS dan 310 Nm tork dengan 0 ke 100 km/j hanya dalam 7.3 saat. Atto 3 Standard Range mampu berjalan sehingga 345 km sementara untuk Extended Range pula ialah sekitar 420 km. 



Untuk pengecasan, BYD Atto 3 ia menyokong pengecasan AC sehingga 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 70 kW yang mampu mengecas dari 0 ke 80% hanya dalam 45 minit sahaja.



Di Malaysia, harga jualan Atto 3 varian Standard Range adalah RM149,800, manakala untuk Extended Range pula adalah RM 167,800. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti kilang selama enam tahun atau 150,000 km, manakala bateri Blade EV mempunyai waranti selama lapan tahun atau 160,000 km.


Ora Good Cat



Kereta Elektrik Ora Good Cat dibawa masuk ke pasaran tempatan melalui Great Wall Motor. Ditawarkan dalam dua varian iaitu 400 Pro dan 500 Ultra dengan jaminan bateri sehingga lapan tahun.


Kedua-dua varian hadir dengan satu motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 143 PS dan tork 210 Nm dengan pacuan roda hadapan. Kelajuan maksimum adalah sekitar 152 km/j dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 7.9 saat.



Untuk 400 Pro, ia dilengkapi dengan bateri lithium-iron phosphate (LFP) 47.8 kWh yang mampu bergerak sehingga 400 km. Manakala, 500 Ultra ia dilengkapi dengan bateri litium terner 63.1 kWj yang mampu bergerak sehingga 500 km. Dari segi pengecasan, ia menyokong dua jenis pengecasan jenis AC 6.6kW dan pengecasan pantas DC 60 kW. 


Untuk harga jualan, Ora Good Cat 400 Pro dijual pada harga bermula RM139,800, manakala RM169,800 untuk Ora Good Cat 500 Ultra. GWM memberikan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km dan juga jaminan bateri selama lapan tahun atau 180,000 km.


Hyundai KONA Electric 



Hyundai KONA Electrik dilancarkan pada November tahun lalu yang dibawa masuk oleh Sime Darby Motors (HSDM). Ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Kona Electric Lite, Kona Electric Plus dan juga Kona Electric Max.


Untuk model Lite dan Plus, ia menawarkan jarak perjalanan sejauh 305 km untuk satu isian penuh. Dijana dengan motor elektrik berkuasa 136 PS dan 393 Nm, kelajuan maksimum 155 km/j dan mampu memecut 0 ke 100 km/j dalam masa 9.9 saat. 



Manakala, untuk Max, ia mampu bergerak sejauh 484 km yang dipadankan dengan motor 204 PS dan 395 Nm. Kelajuan maksima pada 167 km/j dan mampu memecut 0 ke 100 km/j dalam masa 7.9 saat. Dari segi pengecasan, ia turut menyokong dua jenis pengecasan jenis AC 11 kW dan pengecasan pantas DC 50 kW.


Untuk harga jualan, Kona Electric Lite dijual pada harga RM156,538Kona Electric Plus pada harga RM176,838 dan untuk varian paling tinggi iaitu Kona Electric Max ditawarkan pada harga RM208,348 dengan bateri 64 kWh. Ketiga-tiga varian datang dengan jaminan dua tahun atau 50,000 km dan jaminan bateri selama lapan tahun atau 160,000 km.


Mini Cooper SE 3

Kereta elektrik seterusnya adalah Mini Elektrik, merupakan kereta elektrik terawal dari Mini Cooper atau lebih dikenali sebagai Mini Cooper SE. Model ini telahpun menerima kemas kini versi facelift pada awal tahun ini untuk pasaran Malaysia.

Mini Cooper SE 3 dilengkapi dengan bateri litium-ion 28.9-kWh yang mampu bergerak sejauh 232 km. Dijana dengan motor elektrik pada bahagian hadapan yang menghasilkan 184 PS dan tork 270 Nm. Kelajuan tertinggi pada 150 km/j dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.3 saat. 

Untuk pengecasan, ia menyokong dua jenis pengecasan iaitu AC dengan kadar maksimum 11 kW dan pengecasan pantas DC 50 kW yang mampu mengecas dari 10% ke 80% hanya dalam 36 minit sahaja.

Di Malaysia, Mini Cooper SE 3 di jual pada harga RM193.834. Didatangkan dengan jaminan selama dua tahun. Terdapat juga pakej jaminan tambahan selama empat tahun serta pakej servis yang ditawarkan pada harga RM199,164.

Nissan Leaf facelitf 2023


Model yang baharu sahaja menerima kemas kini facelift pada Mac yang lalu. Dibawa masuk melalui Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja.

Nissan Leaf facelift 2023 dilengkapi dengan bateri lithium-ion 40 kWh yang dijana dengan motor elektrik tunggal EM57 yang mampu menghasilkan 150 PS dan tork 320 Nm. Kelajuan tertinggi 155 km/j dan mampu memecut 0 ke 100 km/j dalam masa 7.9 saat.



Mampu bergerak sejauh 311 km dengan satu isian penuh, dari segi pengecasan ia menyokong dua jenis pengecasan iaitu jenis AC dengan kadar maksimum 6.6 kW dan pengecasan jenis DC CHAdeMO dengan kadar maksimum pada 50 kW.



Nissan Leaf facelift 2023 ini ditawarkan pada harga RM168,888 dengan jaminan kenderaan selama tiga tahun atau 100,000km dan waranti bateri selama lapan tahun atau 160,000km.

Neta V



Jika BYD Atto 3 adalah kereta elektrik paling laris, Neta V pula adalah kereta elektrik paling murah di pasaran Malaysia pada ketika ini. Baharu sahaja diumumkan pada acara Malaysia Autoshow 2023, dibawa masuk melalui Intro Synergy Sdn Bhd dengan kerjasama Hozon New Energy Auto. 



Dijana dengan motor tunggal yang terletak di bahagian hadapan yang mampu menghasilkan 94 hp dan tork 150 Nm. Pengeluar mendakwa Neta V mampu memecut dari 0 ke 50 km/j hanya dalam 3.9 saat dan kelajuan maksimum pada 101 km/j.



Dilengkapi dengan bateri lithium-ion 38.5 kWh yang mampu bergerak sejauh 380 km mengikut piawaian NEDC. Neta V menyokong dua jenis pengecasan iaitu DC dengan kadar maksimum 100 kW yang mampu mengecas dari 30% ke 80% hanya dalam 30 minit. Sementara pengecas jenis AC menyokong kadar maksimum pada 6.6 kW dengan masa mengecas sekitar 6 jam untuk satu isian penuh.



Neta V dijual pada harga RM99,800 dengan baucar sebanyak RM10,000 tersedia untuk 100 tempahan terawal menjadikan harganya adalah RM89,800. Setiap pembelian akan didatangkan dengan body warranty selama 10 tahun atau 200,000 km, general part warranty 5 tahun atau 150,000 km dan EV high voltage part warranty 8 tahun atau 180,000 km.

ARTIKEL BERKAITAN