Close

AirAsia umum kerjasama dengan Foodpanda

Sumber : Facebook Carmen Wong

AirAsia Superapp dan Foodpanda secara rasmi mengumumkan kerjasama inovatif yang akan menggabungkan kepakaran kedua-dua platform sekaligus dapat menawarkan nilai yang lebih baik dan kemudahan untuk pengguna.


Melalui kerjasama ini, perkhidmatan pengangkutan AirAsia Ride akan tersedia pada platform Foodpanda dan perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit Foodpanda akan tersedia di platform AirAsis Superapp. Selain itu, kerjasama ini dijangka akan menghubungkan lebih daripada 100,000 peniaga Foodpanda yang akan dimanfaatkan oleh AirAsia Superapp.


Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes menyatakan kerjasama ini membolehkan kami untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain iaitu kehebatan penghantaran makanan dan barangan runcit Foodpanda dengan perkhidmatan pengangkutan kami. Pelbagai potensi dijangka akan dicapai melalui kerjasama ini seperti penyelesesaian pemmbayaran melalui BigPay, program kesetiaan bersama AirAsia rewards dan pelan langganan.


Bersempena dengan kerjasama ini, kedua-dua platform kini menawarkan kod promosi dengan diskaun sebanyak RM8 untuk pesanan Foodpanda dengan kod AAFP8, sementara AirAsia Ride pula menawarkan diskaun yang dihadkan kepada RM10 melalui kod FPAAFREE.

ARTIKEL BERKAITAN