Aplikasi MAE dan M2U MY dilaporkan menghadapi masalah untuk diakses - FUZZ.MY

Saturday, May 20, 2023

Aplikasi MAE dan M2U MY dilaporkan menghadapi masalah untuk diakses


Maybank melalui akaun rasmi Twitter mereka memaklumkan kepada pengguna terdapat masalah untuk mengakses akaun melalui aplikasi MAE dan M2U MY, sekaligus menyukarkan untuk melakukan sebarang transaksi perbankan.



Berikutan dari masalah tersebut, pihak Maybank menyarankan pengguna untuk menggunakan web Maybank2U sebagai alternatif sementara untuk melakukan sebarang transaksi perbankan. Pada ketika ini, kedua-dua aplikasi iaitu MAE dan M2U MY kini sedang dalam penyelenggaraan dan tidak dimaklumkan berapa lama tempoh yang akan diambil untuk proses tersebut.