Close

Apple Beats Studio Buds+ dilancarkan dengan harga RM699

Seperti yang dijangka, Apple secara rasmi melancarkan TWS terbaru mereka iaitu Beats Studio Buds+. Membawakan sejumlah peningkatan seperti Pembatalan Bunyi Aktif (ANC), jangka hayat bateri yang lebih tahan lama dan rekaan yang menarik.


Dari segi rekaan, Beats Studios Buds+ hadir dengan rekaan lut sinar yang sama seperti mana pada Nothing Ear (1) dan Nothing Ear (2). Dikuasakan dengan cip “Beats Proprietary Platform” tersuai yang menyokong one-touch pairing pada peranti Apple.





Selain itu, Beats Studios Buds+ dilengkapi dengan mikrofon 3 kali ganda lebih besar dan menyokong pengudaraan yang lebih baik. Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) kini hadir dengan 1.6x lebih berkuasa dan 2x lebih jelas untuk mod ketelusan. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan selama 9 jam mendengar muzik dan boleh bertahan sehingga 36 jam bersama bekas pengecas.

TWS ini turut menyokong beberapa fungsi menarik seperti penarafan IPX4, audio spatial, sistem carian find My, Google Fast Pair, port pengecasan jenis USB-C dan juga Hey Siri. Turut didatangkan dengan empat pilihan tip telinga XS, M, dan L untuk disesuaikan bagi keselesaan pengguna.


Untuk harga jualan, Beats Studios Buds+ ini ditawarkan pada harga RM699 dan dijangka akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN