Close

Apple mendedahkan ciri baru pada iOS 17 sebelum pelancaran

Biarpun iOS 17 belum lagi diumumkan secara rasmi. Namun, Apple melalui Newsroom telahpun mendedahkan beberapa ciri baru yang akan hadir pada kemas kini iOS 17.

Melalui pratonton yang dikongsi, memperlihatkan yang iOS 17 akan hadir dengan sejumlah ciri yang memfokuskan kebolehcapaian yang membantu pengguna kurang upaya. Antara ciri yang diperkenalkan adalah seperti Assistive Access, Live Speech and Personal Voice Advance Speech, Detection Mode, Voice Control, Switch Control dan banyak lagi.
Kesemua ciri baharu ini akan menggunakan kemajuan perkakasan dan perisian termasuk pembelajaran mesin yang dibangunkan oleh Apple seiring dengan hala tuju Apple yang menghasilkan produk untuk semua.
Ciri kebolehcapaian ini dibangunkan dengan kerjasama komuniti pengguna kurang upaya, mendalami kekurangan pengguna kurang upaya sekaligus dapat memberi kesan sebenar kepada mereka. Dalam masa yang sama, Apple juga percaya bahawa teknologi terbaik adalah teknologi yang dibina untuk semua. Ciri ini dijangka akan tersedia pada iPhone dan juga iPad, akan tiba pada penghujung tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN