Close

Astro Awani perkenalkan penyampai berita yang berasaskan AI (kecerdasan buatan)


Kecerdasan buatan atau AI dilihat semakin berkembang pesat dengan pelbagai sektor mula menggunakan AI sebagai salah satu alternatif dalam memudahkan dan melancarkan operasi syarikat. Tidak mahu ketinggalan, Astro Awani dilihat turut hadir dengan penyampai yang berasaskan kecerdasan buatan.


Dinamakan sebagai Joon dan Monica, kedua-dua kecerdasan buatan ini dibangunkan berasaskan kepada dua aspek utama iaitu teknololgi generative AI dan amalan profesionalisme kewartawanan. Menurut Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail kehadiran kecerdasan buatan ini bukan untuk menggantikan bakat sedia ada tetapi untuk memperkuat dan memperhebat kualiti produk yang dihasilkan oleh manusia.


Selain itu, perkembangan ini dilihat sebagai salah satu langkah awal dan persediaan dalam mengharungi perkembangan teknologi yang dilihat semakin pesat lebih-lebih lagi berkenaan dengan teknologi kecerdasan buatan. Dalam masa yang sama, Astro Awani turut menyatakan yang mereka sentiasa berusaha untuk memanfaatkan teknologi dalam penyampaian maklumat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN