Close

ASUS ROG Ally akan tiba di Malaysia pada suku ketiga tahun ini

Konsol yang sedang mencipta sensasi biarpun belum dilancarkan iaitu ASUS ROG Ally dijadualkan akan dilancarkan pada 11 Mei ini. Pada acara tersebut, ASUS dijangka akan mendedahkan spesifikasi penuh, harga jualan dan fungsi menarik yang dibawakan oleh ROG Ally.


Apa yang lagi menarik adalah, konsol ROG Ally ini akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan. Namun, peminat mungkin perlu menunggu sedikit lebih lama kerana konsol ini hanya akan tiba di Malaysia pada suku ketiga tahun 2023.


Persaing kepada Steam Deck ini akan hadir dengan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan 120Hz FHD yang turut menyokong kecerahan puncak 500 nits dan juga AMD FreeSync Premium. Dijana dengan cip siri AMD Ryzen Z1 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB PCIe Gen 4.


Konsol ini menjalankan sistem operasi Windows 11 yang membolehkan pengguna bermain pelbagai jenis permainan pada platform yang berbeza seperti Epic Games, Steam dan sebagainya. Spesifikasi lain yang dibawakan adalah seperti pembesar suara stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari, sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling, slot mikro SD, menyokong pelbagai akesori ROG dan lain-lain.

 

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai harga jualan dan juga varian yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Adakah akan ditawarkan dengan dua pilihan iaitu cip Ryzen Z1 dan cip Ryzen Z1 Extreme atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN