Close

ASUS ROG Ally akan tiba di Malaysia pada Julai ini

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran ASUS ROG Ally di Malaysia akhirnya terjawab, apabila ASUS melalui akaun Facebook rasmi mereka menyatakan yang konsol tersebut akan tiba pada bulan Julai ini.



Bercakap mengenai harga jualan, ASUS menyatakan yang harga jualan konsol tersebut akan menjadi kejutan kepada bakal pembeli, dalam masa yang sama menafikan harga jualan yang tersebar di internet.


ASUS ROG Ally hadir dengan skrin IPS FHD+ bersaiz 7-inci yang menyokong paparan 120Hz, dikuasakan cip AMD Ryzen Z1 dan Z1 Extreme yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB PCIe Gen 4.



Konsol ini menjalankan sistem operasi Windows 11 bersama aplikasi Armory Crate SE yang digunakan untuk menjalankan semua permainan PC pada ROG Ally. Spesifikasi lain yang dibawakan adalah seperti
 pembesar suara stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari, sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling, slot mikro SD, menyokong pelbagai akesori ROG dan lain-lain.


Untuk pasaran global, ASUS ROG Ally dengan cip AMD Ryzen Z1 dijual pada harga $599 (RM2670) manakala, untuk cip AMD Ryzen Z1 Extreme dijual pada $699 (RM3116). 

ARTIKEL BERKAITAN