Close

ASUS ROG Ally kini rasmi dengan harga bermula RM2670


Konsol yang sedang mencipta sensasi iaitu ASUS ROG Ally akhirnya dilancarkan secara rasmi. Hadir dengan sejumlah spesifikasi dan rekaan yang menarik dengan harga yang lebih mampu milik.



ASUS ROG Ally hadir dengan skrin IPS FHD+ bersaiz 7-inci yang menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 500 nits, 7ms tindak balas dan waran gamut sRGB. Peranti skrin ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus. Untuk kawalan, ia hadir dengan D-pad, butang analog, ABXY, butang trigger dan beberapa butang makro tambahan.



Dikuasakan cip AMD Ryzen Z1 dan Z1 Extreme yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB PCIe Gen 4. Untuk pretasi grafik, konsol ini hadir dengan GPU RDNA 2 yang mampu menghasilkan grafik 2.8 teraflops pada AMD Ryzen Z1 dan 8.6 teraflops pada AMD Ryzen Z1 Extreme. Bateri 40Wh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 65W.



Konsol ini menjalankan sistem operasi Windows 11 bersama aplikasi Armory Crate SE yang digunakan untuk menjalankan semua permainan PC pada ROG Ally. Konsol mudah alih ini turut menyokong sambungan ROG XG Mobile eGPU yang membolehkan ia disambungkan kepada televisyen untuk bermain sewaktu ROG Ally dicas.



ROG Ally turut membawakan beberapa spesifikasi lain seperti pembesar suara stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari, sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling, slot mikro SD, menyokong pelbagai akesori ROG dan lain-lain. ROG Ally ini hanya seberat 608g dan menggunakan rekaan ergonomik. Setiap pembelian konsol ini akan menerima Xbox Game Pass Ultimate selama 3 bulan.



Untuk harga jualan, ASUS ROG Ally dengan cip AMD Ryzen Z1 dijual pada harga $599 (RM2670) manakala, untuk cip AMD Ryzen Z1 Extreme dijual pada $699 (RM3116). Kedua-dua varian hadir dengan konfigurasi 16GB+512GB. ASUS Malaysia telah mengesahkan yang konsol ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan dan dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga 2023.

ARTIKEL BERKAITAN