Close

Asus Zenbook S 13 OLED kini boleh dipra-tempah dengan harga RM4999 bersama hadiah bernilai RM1099

Asus kini sedia untuk menawarkan komputer riba paling ringan di pasaran Malaysia melalui model Asus Zenbook S13 OLED. Yang mana, model ini menawarkan dalam dua pilihan konfigurasi yang ditawarkan dengan hadiah percuma bernilai RM1099.

Asus Zenbook S 13 OLED ini hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci OLED Lumina dengan resolusi 2.8K dengan nisbah 16:10. Skrin komputer riba ini turut menyokong Dolby Visioan dan kecerahan puncak 550 nits yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 500.

Untuk spesifikasi dalaman, Asus Zenbook S 13 OLED ini dikuasa dengan cip Intel Core generasi ke-13 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalam sehingga 1TB Gen 4 SSD. Bateri 63Wh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 65W. Asus mendakwa, bateri komputer riba ini mampu bertahan sehingga 14 jam dengan satu isian penuh.

Dari segi sambungan, Asus Zenbook S 13 OLED hadir edngan 1x HDMI 2.1, 2x USB-C Thunderbolt 4, 1x USB 3.2 Gen 2 dan juga bicu audio 3.55mm. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan kamera web 1080p dengan sokongan imbasan IR Windows Hello, sistem audio harman kardon dengan Dolby Atmos dan juga sokongan WiFi 6E.

Bagi yang berminat, Asus Zenbook S 13 OLED dijual pada harga RM4999 untuk Intel Core i5-1335U 16GB RAM + 512GB SSD dan Intel Core i7-1355U 16GB + 1TB SSD pada harga RM5999. Menariknya, 20 pratempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1099 yang berupa sebuah ZenScreen 15.6-inci FHD.

ARTIKEL BERKAITAN