Close

CelcomDigi perkenalkan kedai atas talian baharu

Umum sedia maklum mengenai penggabungan Axiata Group Berhad (Celcom) dan Telenor Asia Pte Ltd (Digi), sekaligus menjadi CelcomDigi sebagai syarikat Telekomunikasi terbesar di Malaysia. Seiring dengan penggabungan tersebut, CelcomDigi kini sedia memperkenalkan kedai atas talian baharu.


Kedai atas talian baharu ini menawarkan dua bahagian utama iaitu telefon dan aksesori. Pada bahagian telefon, ia menawarkan peranti di bawah jenama Samsung, Oppo, Vivo, Apple dan juga Honor. Manakala, untuk bahagian aksesori ia menawarkan peranti di bawah jenama Apple seperti Apple Watch dan Airpods.

Lebih menariknya, kedua-duanya iaitu telefon dan aksesori ditawarkan dengan potongan harga sehingga RM1000 bersama dengan penghantaran percuma. Namun begitu, tawaran ini dilihat hanya tersedia untuk pelanggan Celcom dan Digi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai syarat dan terma, anda boleh melayari laman web rasmi CelcomDigi.

ARTIKEL BERKAITAN