Close

ChargEV kini menggunakan kaedah pengiraan baharu berasaskan kWh

Pengendali stesen pengecas EV iaitu ChargEV, mengumumkan yang mereka kini menggunakan kaedah pengiraan baharu yang berasaskan kepada kWh bukan lagi berasaskan tempoh masa seperti sebelum ini. Yang mana, kaedah pengiraan baharu ini telahpun bermula pada 22 Mei 2023.

Perubahan pengiraan ini dibuat selaras dengan arahan kerajaan yang menyarankan penyedia perkhidmatan stesen pengecas EV untuk menggunakan kaedah pengiraan berasaskan kWh.
Dengan menggunakan kaedah pengiraan baharu ini, kadar yang akan dikenakan kepada pengguna adalah RM1.20 untuk setiap kWh. Berbanding sebelum ini yang menggunakan pengiraan melalui tempoh iaitu RM1.20/minit. Kaedah pengiraan melalui tempoh dilihat membebankan pengguna, lebih-lebih kepada pengguna yang menggunakan EV dengan sistem pengecasan yang perlahan.
Selain menyarankan penggunaan kaedah pengiraan berasaskan kWh. Kerajaan dijangka akan turut memperkenalkan pelbagai insentif bagi menarik orang ramai untuk menggunakan kenderaan elektrik seperti penstrukturan semula cukai jalan untuk kenderaan elektrik dan menggunakan nombor plat khas untuk kenderaan elektrik.

ARTIKEL BERKAITAN