Close

CIMB akan melaksanakan pengesahan SecureTAC untuk semua transaksi bermula 20 Mei ini

Bermula 20 Mei ini, semua transaksi yang dilakukan melalui CIMB Clicks memerlukan pengesahan secara SecureTAC, termasuk transaksi melalui FPX. Ini bermakna, tiada lagi pengesahan melalui SMS akan digunakan seperti sebelum ini. Pengesahan SecureTAC ini akan menggunakan aplikasi CIMB Clicks atau CIMB Octo.



Perlaksanaan pengesahan SecureTAC adalah sebahagian daripada usaha CIMB dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan perbankan sekaligus dapat memerangi penipuan kewangan yang sering berlaku secara dalam talian.


Sebelum ini, CIMB telahpun melaksanakan pengesahan SecureTAC, terhad kepada sejumlah amaun sahaja. Kini, pengesahan SecureTAC akan merangkumi semua jumlah amuan. Selain itu, CIMB turut mengehadkan akses CIMB Clicks kepada satu peranti berdaftar sahaja sebagai peranti utama.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN