Close

DJI Mavic 3 Pro kini rasmi dengan harga bermula RM9799 dan mencecah RM21,999


DJI kini sedia untuk menawarkan dron baharu untuk pasaran tempatan melalui model DJI Mavic 3 Pro. Melaluinya, ia hadir dengan kemampuan untuk merakam video, imej yang lebih baik dan ketahanan bateri yang lebih lama. Ia juga merupakan dron pertama di dunia yang hadir dengan tetapan sistem tri-kamera.


Mavic 3 Pro menggunakan sistem tri-kamera dengan julat fokal yang berbeza iaitu 24mm, 70mm dan 166mm. Kamera utama menggunakan CMOS 4/3 Hasselblad yang mampu merakam video sehingga 5.1K pada 50fps atau DCI 4K pada 120fps, turut hadir dengan sokongan mod warna D-Log M 10-bit baharu. Kamera seterusnya adalah tele 70mm, menggunakan sensor CMOS 1/1.3 inci yang mampu merakam imej dalam resolusi 48MP atau 12MP serta mampu melakukan 3x zum optikal. Ia turut dilengkapi dengan sokongan mod warna D-Log M 10-bit baharu.


Kamera terakhir adalah tele 166mm. yang mana ia kini menyokong keupayaan 7x zum optikal dan 28x zum hybrid. Menggunakan aperture F4.4 sehingga F3.4 yang membantu untuk merakam imej pada keadaan kurang cahaya. Ia turut menyokong rakaman video sehingga 4K pada 60fps.


DJI turut menawarkan Mavic 3 Pro Cine bagi tujuan penghasilan filem profesional. Edisi khas ini dimuatkan dengan sokongan pengkodan Apple ProRes 422 HQ, Apple ProRes 422 dan Apple ProRes 422 LT. Turut hadir dengan storan dalaman terbina 1TB SSD yang menyokong penghantaran daoat 10Gbps.


Dari segi ketahanan bateri, Mavic 3 Pro mampu terbang sehingga 43 minit untuk satu isian penuh. Dron ini turut tampil dengan sistem APAS 5.0 yang dibantu dengan 8 sensor terbina yang mampu mengelak dari berlaku pelanggaran. Beberapa ciri baharu turut dimuatkan seperti Waypoint Flight, Cruise Control dan Advance RTH. Untuk penstriman, ia menggunakan DJI 03+ yang membolehkan penstriman langsung dibuat pada resolusi 1080p 60fps dengan jarak sehingga 15KM.

Bagi yang berminat, DJI Mavic Pro 3 ini boleh dibeli bermula hari ini melalui kedai atas talian rasmi DJI di Shopee dan Lazada. Ini adalah senarai harga jualan bagi setiap pakej DJI Mavic 3 Pro :

  • DJI Mavic 3 Pro (DJI RC) – RM9799
  • DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC) – RM12399
  • DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC Pro) – RM14,999 
  • DJI Mavic 3 Pro Cine Premium Combo – RM21,999

ARTIKEL BERKAITAN