Close

Fungsi Chat Lock kini tersedia untuk pengguna WhatsApp

WhatsApp kini sedia untuk membawakan fungsi baharu yang dipanggil sebagai Chat lock, yang mana fungsi baharu ini membolehkan pengguna untuk mengunci dan menyembunyikan perbualan tertentu.



Fungsi ini diletakkan di bawah satu lapisan sekuriti yang berbeza dan memerlukan pengesahan melalui imbasan cap jari atau kata laluan sebelum perbualan yang dikunci dapat diakses, Sekiranya pengesahan gagal dilakukan, pengguna diminta untuk mengosongkan ruang perbualan sebelum mengaksesnya.


Selain itu, fungsi Chat lock ini turut memastikan kandungan media seperti video dan imej yang diterima tidak disimpan secara automatik di dalam galeri peranti.


Untuk mula menggunakan fungsi ini, pengguna perlu tap pada perbualan individu atau kumpulan dan pilih Chat Lock. Selepas diaktifkan, perbualan tersebut akan diletak dalam folder khas yang diletakkan pada halaman utama di bawah “Locked Chats”. Kemas kini aplikasi WhatsApp anda untuk mendapatkan fungsi ini.

ARTIKEL BERKAITAN