Gentari akan menawarkan perkhidmatan pengecas EV mudah alih – Boleh cas di mana saja - FUZZ.MY

Saturday, May 27, 2023

Gentari akan menawarkan perkhidmatan pengecas EV mudah alih – Boleh cas di mana saja


Pengendali stesen pengecas EV iaitu Gentari dijangka akan menawarkan satu lagi perkhidmatan baharu iaitu pengecasan EV mudah alih.

 

Seperti namanya, perkhidmatan ini membolehkan kenderaan elektrik dicas di mana sahaja sekiranya tidak lagi boleh bergerak sekaligus menghilangkan kerisauan kepada pengguna EV di Malaysia. Perkhidmatan ini dilihat seiring dengan perkembangan kenderaan elektrik di Malaysia.

Namun begitu, buat masa ini Gentari tidak mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai perkhidmatan pengecasan EV mudah alih seperti jenis pengecasan, keupayaan pengecasan, kadar yang dikenakan dan juga kapasiti bateri yang akan digunakan. Namun, apa yang dapat dipastikan perkhidmatan ini akan menggunakan Proton Exora.

Perkhidmatan ini dilaporkan sedang dalam fasa percubaan selama 3 bulan sebelum ditawarkan kepada umum. Maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.