Close

Google akan padam akaun tidak aktif selama 2 tahun

Pada ketika ini, Google sedang menambah baik sistem keselamatan dan privasi mereka bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Berikutan dari itu, Google telah mengumumkan polisi baharu untuk akaun yang tidak aktif.

Polisi baharu yang diumumkan adalah Google akan memadam semua akaun yang tidak aktif dalam tempoh dua tahun. Bermaksud, akaun yang tidak digunakan atau tidak didaftar masuk dalam tempoh tersebut akan dipadam.

Bukan akaun Google yang sahaja yang akan dipadam, ia termasuk Gmail, Google Drive, Google Docs, Google Photos dan juga YouTube. Sebelum akaun dipadam secara menyeluruh, Google akan menghantar notifikasi peringatan secara berkali-kali pada akaun utama dan akaun recovery.

Bagi mengelakkan akaun dipadam, Google menyarankan pengguna untuk terus aktif dengan menggunakan perkhidmatan Google seperti menonton video melalui YouTube, menggunakan Google Drive, membuat carian dan sebagainya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN