Close

Google Pixel 7a dilancarkan – Cip Tensor G2, kamera 64MP dan paparan 90Hz

Google akhirnya melancarkan Google Pixel 7a secara rasmi bagi menggantikan model semasa. Hadir dengan spesifikasi yang setaraf dengan siri Google Pixel 7 namun, ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik.

Google Pixel 7a hadir dengan skrin OLED FHD+ bersaiz 6.1-inci bersama paparan 90Hz. Dijana dengan cip Google Tensor G2 yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman hanya 128GB UFS 3.1. Bateri 4300mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 18W dan tanpa wayar 7.5W.
Dari segi fotografi, Google Pixel 7a tampil dengan kemampuan kamera yang dipertingkat dengan sensor utama 64MP OIS + 13MP ultra lebar. Kamera utama kini 72% lebih besar serta menyokong 8x Super Res Zoom. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 13MP. Dari segi kemas kini, Google menjanjikan 5 tahun kemas kini keselamatan.
Untuk harga jualan, Google Pixel 7a dijual pada harga sekitar RM2200 ($499) dan hadir dalam satu pilihan varian 8GB + 128GB. Ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Charcoal, Sea, Coral dan Snow.

ARTIKEL BERKAITAN