Close

Google Pixel 8 Pro mungkin hadir dengan sensor termometer

Google dijangka akan memperkenalkan fungsi baharu pada generasi Pixel yang seterusnya. Fungsi ini dikatakan sebagai sensor termometer yang boleh digunakan untuk membaca suhu badan dan objek.

Sumber : 91Mobiles

Berdasarkan perkongsian video dari 91Mobiles, memperlihatkan yang Google Pixel 8 Pro hadir dengan sensor tambahan yang terletak di bawah lampu Flash LED. Sensor tambahan tersebut didakwa sebagai termometer tanpa sentuh yang boleh digunakan untuk membaca suhu. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telahpun dikeluarkan.

Sumber : OnLeaks x SmartPrix

Dalam video tersebut turut memperlihatkan bagaimana proses imbasan suhu dilakukan, pengguna perlu meletakkan sensor dekat pada dahi tanpa menyentuh kulit. Proses ini mengambil masa sekitar lima saat sebelum hasil akhir diperlihatkan. Fungsi ini dikatakan terhad kepada model Pro sahaja. 

Siri Google Pixel 8 dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini. Generasi baharu Pixel ini dijangka akan hadir dengan Cip Tensor G3, skrin jenis rata dengan sisi melengkung dan menggunakan sensor kamera dari Samsung iaitu ISOCELL GN2.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN