Close

Google Pixel Fold dilancarkan dengan harga mencecah RM8553

Peranti boleh-lipat pertama dari Google iaitu Pixel Fold secara rasmi telahpun dilancarkan. Peranti ini hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik dengan rekaan yang kompak.

Dari segi rekaan, Google Pixel Fold membawakan rekaan seperti Oppo Find N2 tetapi lebih kompak dengan berat 283 gram dan ketebalan 12.1mm. Menggunakan engsel yang diperbuat dari multi-alloy stainless steel dengan kemasan mirror-polished. 
Google Pixel Fold dilengkapi dengan skrin luar 5.8-inci OLED 120Hz dan skrin dalam 7.6-inci OLED 120Hz. Dijana dengan cip Google Tensor G2 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB UFS 3.1. Bateri 4821 mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 30W.
Untuk fotografi, Google Pixel Fold hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 10.8MP ultra lebar + 10.8MP telefoto 5x zum digital. Kamera utama peranti ini menyokong 20x Super Res Zum dan juga mempunyai OIS. Untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 9.5MP pada bahagian luar dan 8MP pada bahagian dalam. Seperti peranti boleh-lipat lain, skrin luar boleh jadikan sebagai viewfinder untuk mengambil swafoto menggunakan kamera utama.
Untuk menjadikan Pixel Fold lebih menarik, terdapat beberapa fungsi diperkenalkan seperti Dual Screen Interpreter, flex Mode, split mode dan juga boleh digunakan dalam bentuk L untuk menonton kandungan YouTube dan sebagainya. Selain itu, Pixel Fold juga turut mempunyai penarafan IPX8.
Untuk harga jualan, Google Pixel Fold dijual pada harga RM8000 ($1799) untuk 256GB dan meningkat kepada RM8500 ($1919) untuk 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Porcelain dan Obsidian.

ARTIKEL BERKAITAN