Close

Harga langganan YouTube Premium meningkat sebanyak RM7

Harga langganan YouTube Premium akan menerima kenaikkan sebanyak RM7 menjadikan harga langganan terbaharu adalah RM33.90. Yang mana, sebelum ini, harga langganan untuk YouTube Premium  adalah RM26.90.

Kenaikkan harga langganan kali ini lebih terarah kepada YouTube Premium Family, sementara untuk pelan langganan lain masih lagi ditawarkan dengan harga yang sama iaitu pelan individu RM17.90 dan pelan pelajar RM10.90.

Melalui YouTube Premium, pengguna akan menerima pelbagai kelebihan seperti tiada sebarang iklan, kandungan boleh dimaikan pada bahagiang latar, kandungan boleh dimainkan biarpun skrin dikunci, muat turun video terpilih dan boleh mendengar muzik melalui YouTubue Music Premium.

ARTIKEL BERKAITAN