Close

HarmonyOS mungkin akan digunakan pada kereta elektrik Volkswagen

Volkswagen dikatakan merancang untuk menggunakan perisian HarmonyOS dari Huawei untuk kereta elektrik yang dijual di China, dalam usaha untuk mengembangkan lagi pegangan Volkswagen di pasaran China.

Berikutan dari itu, terdapat laporan mendedahkan yang pengeluar kenderaan dari Jerman iaitu Volkswagen dikatakan sedang berbincang dengan Huawei mengenai hal tersebut. Pemilihan HarmonyOS dilihat berpotensi berikutan teknologi perisian tersebut sesuai untuk pengguna tempatan sekaligus memberikan bayangan yang penjualan mungkin akan meningkat.

Selain itu, perisian yang ditawarkan oleh Volkswagen dilihat sedikit kebelakang berbanding pengeluar kenderan elektrik lain terutamanya di China. Selain Huawei, Volkswagen turut dilaporkan bersedia untuk menawarkan kerjasama dengan mana-mana pengeluar di China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN