Close

HONOR Band 7, Earbuds X5 dan Scale 3 kini tersedia di Malaysia

HONOR kini sedia untuk menawarkan peranti boleh pakai baharu untuk pasaran tempatan melalui model HONOR Band 7, Earbuds X dan Scale 3. Hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, teknologi dan rekaan yang lebih baik.

Untuk HONOR Band 7, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.47-inci dengan skrin melengkung 2.5D. Tampil dengan cip yang dikuasakan oleh AI bersama komponen optikal profesional. Peranti ini dilengkapi dengan ciri penjejak kesihatan seperti pemantauan waktu tidur, penjejakan degupan jantung, pemantauan oksigen dalam darah dan turut hadir dengan 96 sukan terbina. Untuk ketahanan, ia hadir dengan penarafan kalis air 5ATM.

Dari segi ketahanan bateri, HONOR  Band 7 mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa dan 10 hari untuk penggunaan yang lebih berat. Bagi yang berminat, HONOR Band 7 dijual pada harga RM199, boleh dibeli secara dalam talian atau di semua pengedar rasmi HONOR.

Peranti seterusnya adalah HONOR  Earbuds X5, merupakan sebuah TWS dengan rekaan separa terbuka yang dipadan dengan bekas pengecas berbentuk bujur. Menggunakan pemandu dinamik sebesar 13.4mm yang diperbuat dari bahan komposit polimer yang mampu menghasilkan bass yang lebih tinggi dan treble yang lebih jelas.

Untuk ketahanan bateri, HONOR Earbuds X5 mampu bertahan sehingga 27 jam dengan bekas pengecas dan boleh digunakan sehingga 3 jam dengan 10 minit pengecasan. Bagi yang berminat, HONOR  Earbuds X5 dijual pada harga RM279, boleh dibeli secara dalam talian atau di semua pengedar rasmi HONOR.

Peranti terakhir adalah HONOR Scale 3, merupakan sebuah penimbang digital yang dilengkapi dengan 18 Body Health Indicator yang mampu mengukur dengan tepat berat badan, lemak badan, BMI, jisim tulang, metabolisme badan, jisim otot dan banyak lagi.

Peranti ini turut menyokong sambungan melalui Wi-Fi dan juga boleh disegerakan melalui aplikasi HONOR Health. Pengguna juga boleh menyelaraskan data ke dalam Cloud, sekaligus boleh memantau perkembangan kesihatan dari masa ke semasa melaluinya. Bagi yang berminat, HONOR Scale 3 dijual pada harga RM129, boleh dibeli secara dalam talian atau di semua pengedar rasmi HONOR.

ARTIKEL BERKAITAN