Close

HTC U23 Pro dilancarkan dengan harga mencecah sekitar RM2665

HTC akhirnya membuat kemunculan semula dengan melancarkan model baharu iaitu HTC U23 Pro. Tampil dengan spesifikasi kelas pertengahan yang turut menyokong teknologi realiti maya Vive secara terbina.

HTC U23 Pro hadir dengan skrin OLED FHD+ bersaiz 6.7-inci bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 4600mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 30W dan tanpa wayar 15W.

  

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera dengan sensor utama 108MP OIS + 8MP ultra lebar + 2MP kedalaman + 5MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP67, pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm dan lain-lain.

Untuk harga jualan, HTC U23 Pro dijual pada harga TWD $16,990 (RM2517) untuk 8GB + 256GB dan TWD$ 17,990 (RM2665) untuk 12GB + 256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna Mixer White dan Coffee Black.

ARTIKEL BERKAITAN