Close

Huawei Mate X3 turut dilancarkan di Malaysia dengan harga RM8888


Disamping pelancaran HUAWEI P60 Pro, Huawei turut melancarkan peranti boleh-lipat baharu mereka iaitu Huawei Mate X3. Merupakan peranti boleh lipat paling nipis yang pernah dihasilkan oleh Huawei, turut hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.



Huawei Mate X3 dilengkapi dengan teknologi skrin Huawei X-True dengan skrin luar bersaiz 6.4-inci OLED 120Hz dan skrin dalam bersaiz 7.85-inci OLED LTPO 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan storan dalaman sehingga 1TB. Bateri 4800mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan 50W pengecasan tanpa wayar.



Menarik mengenai peranti boleh lipat dari Huawei adalah ia lebih ringan dan lebih nipis dengan berat hanya 236gram dan tebal hanya 5.3mm. Yang mana, ia lebih ringan dari Samsung Galaxy Z Fold4 dengan berat 263gram. Ia juga menyokong penarafan IPX8 seperti Samsung Galaxy Z Fold4, sokongan komunikasi satelit dua hala dan menjalankan Harmony OS 3.1.



Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP OIS RYYB + 13MP ultra sudut lebar + 12MP telefoto dengan kemampuan zum optikal sehingga 5X. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP yang diletakkan pada bahagian luar dan dalam.



Untuk harga jualan, Huawei Mate X3 dijual pada harga RM8888 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini iaitu 11 Mei sehingga 19 Mei. Setiap pembelian melalui HUAWEI Experience akan menerima hadiah percuma bernilai RM1260 dan pembelian secara atas talian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1160.

ARTIKEL BERKAITAN