Close

HUAWEI P60 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga mencecah RM5499


Huawei kini sedia untuk menawarkan peranti premium mereka untuk pasaran tempatan melalui HUAWEI P60 Pro. Hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, rekaan dan juga kemampuan kamera yang lebih baik.

HUAWEI P60 Pro hadir dengan skrin OLED LTPO jenis melengkung bersaiz 6.67-inci FHD+, menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan kaca Kunlun. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Bateri 4815mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 88W dan 50W pengecasan tanpa wayar.



Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera sistem dengan sensor utama 48MP OIS + 48MP telefoto OIS + 13MP ultra sudut. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP. Kemampuan kamera ini ditala dengan sistem kamera XMAGE. Menyokong zum optikal sehingga 5X dan zum digital sehingga 100X. 



Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti Komunikasi satelit dua hala, penarafan IP68, pengimbas cap jari dibawah skrin dan menjalankan sistem operasi Harmony OS 3.1.

Di Malaysia, Huawei P60 Pro ia dijual pada harga RN4599 untuk 8GB + 256GB dan RM5499 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini iaitu 11 Mei sehingga 19 Mei. Setiap pembelian melalui HUAWEI Experience akan menerima hadiah percuma bernilai RM1560 dan pembelian secara atas talian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1460.

ARTIKEL BERKAITAN