Close

Huawei Watch Buds bakal ditawarkan di Malaysia dengan harga RM2199

Huawei Watch Buds dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei ini bersama siri Huawei P60. Biarpun, belum lagi dilancarkan. Namun, peranti tersebut telahpun disenaraikan di kedai rasmi atas talian Huawei di Lazada dengan harga RM2199.



Sekiranya anda berminat, peranti ini ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM1999 jika dibeli pada 1 hingga 11 Mei. Setiap pembelian akan menerima potongan harga sebanyak RM200 dan selepas tarikh tersebut, peranti ini akan dijual pada harga asal.



Seperti namanya, peranti boleh pakai ini membawa reka bentuk 2 dalam 1 yang menggabungkan jam tangan pintar dan fon telinga dalam satu peranti. Untuk mengaksesnya, pengguna harus membuka bahagian atas jam. Yang mana, ia menggunakan penutup berasaskan magnetik.


Huawei Watch Buds hadir dengan rekaan bulat dengan skrin 1.47-inci AMOLED. Menggunakan binaan dari keluli untuk memberikan pengalaman yang premium. Seperti jam tangan pintar yang lain, ia turut hadir dengan pelbagai fungsi kecergasan seperti ECG, pemantauan denyutan nadi, Sp02, 80+ mod senaman dan sebagainya. Bateri 410mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 3 hari untuk penggunaan biasa.


Manakala untuk fon telinga, ia hadir dengan rekaan seperti peluru dengan berat 4 gram dan bateri 30mAh setiap satu. Menyokong fungsi ANC dengan bateri mampu bertahan sehingga 4 jam untuk penggunaan biasa. Selain itu, ia turut menyokong kawalan sentuhan pada tangkai fon telinga.

ARTIKEL BERKAITAN