Close

Ini senarai peranti terawal yang menyokong Android 14

Selain dari mengumumkan barisan peranti baharu dan beberapa teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, Google turut mengumumkan senarai peranti awal yang terpilih menyokong kemas kini Android 14.



Pada senarai tersebut, Nothing Phone (1) berada di kedudukan teratas yang menawarkan versi awal kemas kini Android 14. Seterusnya diikuti beberapa pengeluar lain seperti OnePlus 11, vivo X90 Pro, iQOO 11, Realme GT 2 Pro, Xiaomi 13 Pro, Xiaomi 13, Xiaomi 12T dan Oppo Find N2 Flip.
Sebagai peringatan, versi awal kemas kini Android 14 ini mungkin mengandungi pelbagai masalah pepijat yang akan memberi kesan kepada penggunan seharian anda. Elakkan menggunakan peranti utama untuk mencuba versi awal ini.
Android 14 membawakan sejumlah peningkatan dari segi prestasi, privasi, keselamatan dan juga kemampuan penyesuaian antaramuka. Android 14 turut akan mengekalkan ciri yang ada pada Android 12L dan Android 13 dalam menyokong peranti dengan skrin yang lebih besar dan skrin boleh lipat.
Selain itu, Google turut membawakan kemampuan AI yang lebih baik dan juga format pemprosesan imej yang lebih bagus. Penjejak kesihatan Health Connect akan dimuatkan secara terbina serta akan menyokong lossless audio melalui sambungan USB. Android 14 versi stabil dijangka akan tiba pada Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN