Close

Kamera Leica Q3 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM29,570

Leica kini sedia menawarkan pengganti baharu kamera kompak bingkai penuh melalui model Leica Q3 bagi menggantikan model semasa iaitu Leica Q2. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi, rekaan yang lebih baik dan kemampuan kamera yang lebih berkuasa.

Leica Q3 hadir dengan skrin sentuh TFT LCD bersaiz 3-inci yang boleh dicondongkan bersama dengan OLED viewfinder dengan resolusi 5.76M. Selain itu, ia turut menyokong penarafan rintangan air dan habuk IP52.
Menggunakan kanta utama Summilux 28mm f/18 ASPH yang menyokong mod makro khas dengan jarak fokus minimum pada 6.69 inci. Ia juga menyokong fungsi zum digital dengan focal lenght 28mm, 35mm, 50mm, 75mm dan 90mm. Peningkatan ketara pada Leica Q3 adalah pada dari segi rakaman, ia kini menyokong rakaman sehingga 8K 30fps dalam format H.265 dan juga Apple ProRes RAW.
Untuk spesifikasi lain, Leica Q3 turut hadir dengan mikrofon stereo, Bluetooth 5.0, sambungan HDMI, pembesar suara mono dan juga sambungan USB-C 3.1 Gen 2. Bateri 2200mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan tanpa wayar.
Untuk penawaran di Malaysia, kamera Leica Q3 ini dijual pada harga RM29,570 dan boleh didapati melalui kedai rasmi atas talian atau pengedar rasmi di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN