Close

Kamera periskop dilaporkan hanya untuk iPhone 15 Pro Max sahaja

Seperti yang kita tahu, Apple bakal membawakan sesuatu yang berbeza pada barisan iPhone 15. Menawarkan perubahan dari segi rekaan, spesifikasi dan juga kemampuan kamera yang lebih berkuasa.

Finally received independent confirmation of this:

Periscope lens will be available exclusively on the iPhone 15 Pro Max.

β€” Unknownz21 🌈 (@URedditor) May 8, 2023

 

Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan yang Apple akan membawakan sensor kamera baharu iaitu periskop pada model Pro iPhone 15. Terbaharu, terdapat laporan mendedahkan yang kamera periskop hanya akan tersedia secara eksklusif pada iPhone 15 Pro Max sahaja. Ia bermakna, tiada kamera periskop akan ditawarkan pada iPhone 15 Pro.

Kamera periskop pada iPhone 15 Pro Max dilaporkan akan menyokong 6x zum optik, iaitu tiga kali ganda dari apa yang ditawarkan pada iPhone 14 Pro Max. Apple juga dilaporkan akan menggunakan  OIS dari LG Innotek dan Jahwa Electronics pada modul periskop.

ARTIKEL BERKAITAN