Close

Cukai jalan kenderaan elektrik akan distruktur semula

Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan sedang menilai dan merangka struktur baharu cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV). Yang mana, strutkur baharu cukai jalan ini dijangka akan diumumkan pada penghujung tahun ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, penstruktur baharu cukai jalan kenderaan elektrik adalah sangat penting berikutan ketika ini pengguna kenderaan elektrik dikecualikan untuk membayar cukai sehingga 2025.  Kebanyakan pengguna kenderaan elektrik pada ketika ini bimbang dengan kadar cukai jalan EV yang akan dikenakan sekiranya masih menggunakan formula lama yang mungkin mencapai sehingga RM5000 setahun.

Oleh yang demikian, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti pelbagai kriteria dalam penstruktur baharu untuk cukai jalan kenderaan elektrik. Dalam masa yang sama penstruktur ini juga akan mengalakkan orang ramai beralih kepada kenderaan rendah karbon.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN