Close

Lesen memandu kini boleh diperbaharui sehingga 10 tahun

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini mengumumkan yang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kini boleh diperbaharui dengan tempoh lebih panjang iaitu 10 tahun berbanding had sebelum ini hanya selama 5 tahun.

Pembaharuan LMM sehingga 10 tahun ini akan dilaksanakan bermula pada 8 Mei ini dan hanya boleh dilakukan di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja. Setiap pembaharuan untuk tempoh sehingga 10 tahun akan menerima diskaun sebanyak 10%, menjadikan jumlah bayaran yang akan dikenakan adalah RM270.

Namun begitu, orang ramai masih lagi dibenarkan untuk memperbaharui LMM mengikut pilihan antara 1 tahun sehingga had maksimum iaitu 10 tahun.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut memberikan kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang telah tamat tempoh untuk memperbaharui LMM tanpa perlu menjalani semula ujian.

Walaubagaimanapun, kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang tamat tempoh pada Januari 2018 dan ke atas sahaja. Tempoh kebenaran khas ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN