Close

Malaysia dan Indonesia kini menyokong pembayaran rentas melalui kod QR

Selepas mengumumkan sokongan pembayaran kod QR rentas Malaysia dan Singapura pada bulan lalu. Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan satu lagi kerjasama pembayaran QR rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia.


Berikutan dari penggumuman tersebut, Bank Indonesia melalui kod Quick Response Code Indonesian Standard (QRIS) dan Bank Negara Malaysia (BNM) melalui kod DuitNow QR telah berjaya dihubungkan. Ini bermaksud, warga Indonesia kini boleh membayar melalui DuitNow QR dan warga Malaysia boleh membayar melalui QRIS.


Kejayaan pembayaran rentas negara ini diihat akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Indonesia dan Malaysia dalam masa yang sama ia juga dapat menyokong pemulihan ekonomi pascapandemik. Selain itu, pembayaran rentas negara ini dijangka akan memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan sektor peruncitan kedua-dua negara.


BNM dan BI juga dikatakan bersedia untuk mengembangkan ekosistem pembayaran rentas negara kepada mana-mana instuttusi kewangan yang berminat. Secara keseluruhan, Malaysia kini menyokong tiga negara dalam pembayaran rentas iaitu Singapura (NEST), Thailand (Promtpay) dan terbaru Indonesia (QRIS).


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN