Close

Meta akan hasilkan cip tersuai untuk kecerdasan buatan (AI) sendiri

Pada ketika ini, tumpuan dunia lebih terarah kepada teknologi kecerdasan buatan (AI). Jadi, tidak hairanlah sekiranya pelbagai syarikat dan pengeluar berlumba-lumba untuk mempunyai kecerdasan buatan sendiri.

Berikutan dari itu, Meta mengumumkan yang mereka akan menghasilkan cip tersuai yang akan memproses kecerdasan buatan mereka yang dikenali sebagai MTAI iaitu Meta Training and Inference Accelerator. Cip tersuai ini dijangka akan digunakan bermula tahun 2025.

MTIA akan digabungkan dengan GPU, sekaligus membolehkan ia menghasilkan prestasi yang lebih baik, kurang masalah kependaman dan mampu memberikan kecekapan yang tinggi sesuai dengan bebanan tugasan. 

Meta juga merancang untuk menghasilkan pusat data generasi baharu yang akan menyokong dan dioptimumkan oleh AI. Pusat data generasi baharu ini juga dikatakan lebih pantas dan menjimatkan kos pembinaan. Dalam masa yang sama, Meta turut akan membangunkan teknologi MSVP (Meta Scalable Video Processor), memfokuskan kepada pemprosesan video yang akan dimuatkan pada semua aplikasi di bawah Meta. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN